Sabtu, 13 Mac 2010

KUIH TRADISIONAL KELANTAN ( TEPONG BOKO UBI KAYU' - BETUL TAK..?)



Bahan-bahan (Lapisan bawah)

1 Ketul ubi kayu - disagat dan diperah airnya
Daun pandan + air (Lebih kurang 2 cawan - bergantung kepada kuantiti ubi kayu)- mesin dan ditapis- ambil airnya
Gula secukup rasa
Campur kesemuanya dan kukus sehingga masak, sejukkan dan boleh dimakan bersama lapisan atas.

Lapisan atas (kuahnya)

1 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa
daun pandan disimpul
2-3 sudu besar tepung beras

Campur kesemuanya dan dimasak menggunakan api kecil sehingga pekat.

Hasilnya memang sedap, rugi jika tidak cuba tambahan penggunaan 100% daun pandan, membangkitkan aroma, rasa dan warna yang original tanpa bahan pengawit..
Ada sesetengah tempat kuih ini di kenali sebagai kuih talam tapi lapisan bersantan hendaklah pekat dan dicurah keatas kuih sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan